Selasa, 17 Jun 2014

Ramadhan Karem...

Ramadhan ? apa tu Ramadhan ?

Saya jawab, Ramadhan adalah bulan dimana umat Islam diperintahkan oleh Allah untuk berpuasa :D

Puasa ? puasa tu apa pula ?

okey, puasa adalah salah satu perkara yang terdapat dalam rukun Islam. Puasa adalah Wajib untuk semua umat Islam.
Maksud puasa ialah "Menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang dapat membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat"

Niat ? what is it ?

okey, saya cuba jawab. Niat adalah nawaitu kita untuk melakukan sesuatu perkara, ingat !!! pastikan niat puasa kerana Allah, buka untuk mendapat pujian makhluk, takut nanti puasa kita jadi sia-sia. Kita kena jaga niat kita dari awal, pertengahan hingga akhir.

Sebab apa kena jaga ? dah niat, dah la...

Allah, kenalah jaga niat kita, coz kita ni kadang-kadang niat pertama memang untuk Allah, setelah kita dapat pujian masyarakat, mulalah kita tertukar niat untuk melakukan perkara yang pada awalnya untuk Allah bertukan untuk mendapat pujian makhluk !!!
Dah niat tu kita kenalah ikhlas melakukan perkara tersebut. Jangan dah Allah uji kita banyak-banyak, kita mula ungkit perkara kebaikan yang kita lakukan dan kenapa Allah tak beri kita kesenangan hidup. Ingat, jangan ungkit, kena ikhlas !!!

okey, saya dah faham. Now, ikhlas tu apa ? apa ?

Hahaha, sorry lupa nak nyatakan apa tu ikhlas. okey saya beri satu analogi. Ikhlas boleh kita ibaratkan seperti seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam gelap gelita. Faham tak maksud saya ?

Finally i got it !!! Ikhlas ialah kita melakukan sesuatu tanpa diketahui dan hanya Allah serta kita sahaja yang tahu. Means, kalau kita ungkit sesuatu perkara kebaikan itu kita tak ikhlaslah ?

yesss !!! your totally right :) kalau boleh, berikan saya kesimpulan Ramadhan yang awak faham ?

Okey, let me do the conclution, Ramadan adalah satu bulan yang penuh dengan rahmat dan semua umat Islam perlu berpuasa disertakan dengan niat dan kena ikhlas :D

Wait !!! dalam bulan Ramadhan adanya malam lailatulqadar, iaitu dimana malam lailatulqadar itulah al-Quran diturunkan :D

Yaka ??? (muka kaget)

Ya, 10 akhir ramadhan merupakan malam-malam yang mempunyai keberkatan dan kelebihan tertentu. nak tahu tak, malam-malam inilah yang merupakan diantara malam-malam yang ditunggu-tunggu oleh orang mukmin dan kebiasannya mereka akan berjaga malam untuk merebut ganjaran terutamanya pada malam lailatulqadar yang dinyatakan berlaku pada malam malam ganjil.

Malam-malam ganjil ? maksud ?

Errrmmm, contohnya malam 21, 23, 25, 27, dan 29 :D

okey, dah faham. Tapi berkenaan dengan malam lailatilqadar dan hubungannya dengan al-Quran tu yang saya belum faham sikit :D

Hmmm, baik. Errmm, bulan Ramadhan, al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w diantaranya firman Allah s.w.t :
Maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik dari 1000 bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar."
Faham ?

Alhamdulillah, saya dah faham sangat-sangat, syuqran sahabat. Love you till Jannah... <3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan