Dunia Sementara, Akhirat selamanya,
Apa yang ada pada dunia ? kenapa kau terlalu mengah dengan dunia ? sedangkan kau sudah tahu yang dunia ni cuman persinggahan sementara kita untuk menuju ke alam yang lebih abadi !
Tapi,
Kenapa kau mudah terpedaya dengan keindahan dunia ? saya beri satu analogi, apabila kamu pergi ke sebuah pantai, lalu mencelupkan jari kamu ke dalam laut, then angkat jari kamu, lalu lihatlah titisan air laut yang jatuh dari jari kamu itu, cuba kamu bandingkan, air titisan dari jari kamu dan lautan, mana lebih luas ?
Kalau kamu faham maksud saya, titisan air dari jari kamu adalah dunia manakala lautan adalah akhirat.
Lihat, betapa besarnya nikmat akhirat Allah berbanding nikmat dunia yang kita kejar-kejar, kita alpa pada akhirat kerana dunia dan yang kita sayang sangat-sangat !
Ingat, orang yang takut mati adalah orang yang sangat cintakan dunia !
Ingatlah sahabatku, dunia ini penuh tipu daya, jangan pernah kau alpa !!!
~> Sincerely, Pedang Rasulullah <~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan