24.05.2014, : Alhamdulillah, saya beserta sahabat dapat menghadiri ijtima' KL kali ke-2 yang bertempat di Masjid Jamek baru Sri Petaling. Pelbagai cabaran yang kami tempuhi untuk pergi sertai ijtima' besar-besaran ini. Tapi Alhamdulillah atas fikir dan risau umat, beberapa jemaah dapat dikeluarkan untuk terus berdakwah pada jalan Allah !
Saya hanya mampu menyimpan azam sahaja, In shaa Allah hujung tahun road to Indonesia <3
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya perasaan saya dan sahabat apabila menjejakkan kaki ke tempat yang terdapatnya suasana agama ini. Bukan hanya orang Malaysia sahaja yang ada di sini, tetapi beberapa pendakwah dari negara lain turut datang untuk mendapat nasihat ulama' seluruh dunia.
Alhamdulillah, ~> Sincerely, Pedang Rasulullah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan